KUALA KURAU - Kemenangan salah seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kurau dalam pertandingan Anugerah GPS Bestari Kategori Guru Popular 2017 membawa kegembiraan buat Pusat Sumber Sekolah (PSS) Zaaba sekolah itu.

Ini sebab, hadiah saguhati yang dimenangi oleh Cikgu Saiful Bahrin Mohd Rani berupa koleksi novel, buku dan majalah terbitan Karangkraf telah disumbangkan beliau kepada PSS Zaaba.

Menurut Guru Penyelaras Media dan PSS SMK Kuala Kurau, Ainol Munira Mahmood, hasil sumbangan Cikgu Saiful Bahrin itu telah menjadi tarikan warga SMK Kuala Kurau untuk datang ke PSS dengan lebih kerap.

"Sebanyak enam kotak yang mengandungi hampir 70 novel, buku bukan fiksyen dan majalah telah disumbangkan kepada PSS Zaaba.

"Segala koleksi itu, telah diletakkan di ruang Akses Kendiri dan yang dinamakan sebagai Zon Kaki Novel," katanya.

Menurut Cikgu Ainol Munira, agar lebih menarik, beliau telah meletakkan novel, buku dan majalah berkenaan ke dalam bakul kecil di atas meja di ruang bacaan terbuka di PSS Zaaba.

Ainol Munira berkata, koleksi bahan bacaan yang diterima itu berkualiti dan cukup menarik.

"Pembaca koleksi tersebut bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah turut diminati guru, kakitangan sekolah dan juga ibu bapa pelajar.

"Disebabkan maklum balas yang positif, rekod pinjaman bahan cetak PSS juga turut meningkat sejak adanya novel berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, dekorasi PSS sekolah ini adalah hasil koloborasi antara beberapa guru dan kakitangan sekolah khususnya Cikgu Saiful Bahrin dan pelajar-pelajar aliran Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Membuat Perabot. Perabot PSS dan dekorasi wainscoting serta ruang kafeteria dalam PSS adalah hasil kerja tangan mereka.

“Pelajar aliran perabot sememangnya mahir dan hasil mereka sangat hebat,” kata Ainol Munira.

Ainol Munira berkata, PSS sekolah itu turut menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah lain dari seluruh Malaysia.

“Antara yang pernah melawat ke PSS kami adalah PPD Timur Laut Pulau Pinang, SMK Pernu Melaka, ketua-ketua PPD dan pengetua seluruh Perak," katanya yang berterima kasih kepada Pengetua Cemerlang, S Ruhana Mohd Noor kerana beliau ialah tunjang utama menggerakkan PSS.

INFO

1. Johan PSS Cemerlang Negeri Perak 2018

2. Terpilih mewakili Perak ke Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan 2019

3. Johan PSS Daerah Kerian sejak 2015 - 2018

4. Naib Johan PSS Cemerlang Negeri Perak 2016 - 2017

5. Bangunkan PSS dengan dana wakaf dan sumbangan daripada guru, kakitangan dan ibu bapa

6. Guru PSS dan 50 pengawas PSS bertanggungjawab mengelola PSS dengan sebaik mungkin

 

Zon Kaki Novel yang menempatkan koleksi novel terbitan Karangkraf yang dimenangi Cikgu Saiful Bahrin pada nugerah GPS Bestari Kategori Guru Popular 2017.

 

  

Ruang karel.

 

Galeria Bitara yang menempatkan pencapaian cemerlang sekolah seperti PSS Cemerlang, Keusahawanan Perabot, Keusahawanan Pendidikan Khas dan Kebitaraan Bola Baling.

 

 Suasana di PSS Zaaba yang menarik dan memberi keselesaan kepada warga SMK Kuala Kurau untuk membaca.

 

 

 

Ainol Munira bersama Saiful Bahrin di Zaaba Bistro.

 

S Ruhana (dua kanan) dan Ainol Munira bersama Ketua Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Guru (BTPN) Perak, Mokhtar Wahid ketika kunjungannya ke PSS SMK Kuala Kurau, baru-baru ini.


Share To:

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours