Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. 

Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). 

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor 

RASIONAL 

Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. 

Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari. 


OBJEKTIF 

  • Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah. 
  • Merupakan satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 
  • Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut. 
  • Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid. 

KAEDAH PENILAIAN 

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun mulai Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) bagi tenpoh persekolahn di Sekolah rendaj. Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Gred Purata Semasa (Grade Point Average) dan Gred Purata Terkumpul (Cumulative Grade Point Average). sepanjang tempoh perskolahan.Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Berikut disertakan garis panduan pelaksanaan PAJSK bagi Sekolah Rendah sebagai rujukan :

Share To:

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours