LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negera ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. (Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015) 
  1. Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi Negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.
  2. Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%.

Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan membaca yang telah sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan.

RASIONAL 

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah NILAM Kebangsaan, Kem membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda,  Khemah Membaca, Kem Literasi Maklumat di sekolah-sekolah. 

Secara keseluruhan program-program galakan membaca yang dilaksanakan sebelum ini telah mencapai objektif yang disasarkan, namun demikian, masih terdapat keperluan untuk menambahbaik program bagi meningkatkan kualiti pembacaan. Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baharu bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan semulajadi dan persekitaran murid-murid.

Butiran lanjut, sila muat turun dokumen di bawah : 

Share To:

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours