Pada 28 Februari 2019, SKGD telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Gong Dermin. Pemimpin-pemimpin muda ialah para pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber, pengawas buku teks, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Majlis ini disempurnakan oleh pegawai PDRM dari Ibupejabat Polis Daerah Kota Bharu bersama anggotanya. Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan perbarisan, ceramah motivasi dan penyampaian watikah pelantikan. Syabas kepada para pemimpin muda SKGD. Semoga anda semua menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan cemerlang.





















Share To:

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours