SSQS atau dikenali sebagai Smart School Qualification Standards (SSQS) sebuah sistem yang dapat memudahkan penilaian amalan baik di beberapa sekolah. Segala pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah akan menggunakan SSQS ini untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas. 

SSQS ini juga bertujuan untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan dan menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia. 

Berikut kami membuat perkongsian maklumat terperinci tentang SSQS : 

Bilangan Responden SSQS 
Berikut merupakan bilangan responden SSQS ini : 
1 orang Pentadbir 
1 orang Guru Penyelaras ICT / Guru Bestari 
1 orang Guru Perpustakaan Media 
30 orang guru 
30 orang murid 

Cara Login SSQS 
Bagi anda yang ingin menggunakan dan mengakses SSQS ini, berikut kami kongsikan cara untuk Login ke SSQS: Sila layari ke laman web rasmi SSQS di http://ssqs.moe.edu.my/ dan pilih mana negeri pilahan anda. Klik pada “Log Masuk Admin” dan anda akan dibawa ke laman seterusnya. Ini merupakan paparan halaman untuk anda pilih agensi anda sama ada Sekolah, PPD atau JPN. Masukkan KOD masing-masing dan Kata Laluan untuk anda mengakses SSQS *Sekiranya admin PKG terpadam lebih token, sila hubungi PKG masing-masing bagi mendapatkan semula token tersebut. 

Kesimpulannya, melalui sistem SSQS ini anda akan boleh membuat penilaian ICT dalam pendidikan serta membantu untuk menjadi pemangkin perubahan dalam pendidikan. Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda dan dijadikan panduan untuk mengakses SSQS ini. 

Semoga bermanfaat
Share To:

Cikgu ICT

Post A Comment:

0 comments so far,add yours